Sunday, July 10, 2011

MESYUARAT JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG KPM

Mesyuarat Jabatan Kajian Sosial telah diadakan pada Jumaat, 08 Julai 2011. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan Ketua Jabatan iaitu Puan Fuziah. Peringatan daripada beliau ialah semua staff perlu akur kepada peraturan dan juga sentiasa mengemaskini dokumen mengikut keperluan.

Sebahagian daripada intipati dalam mesyuarat tempohari adalah seperti berikut:

Berdasarkan minit:

  • Profail pensyarah perlu dikemaskini
  • Pensyarah-pensyarah tidak boleh membuat kenyataan yang melibatkan dasar
  • Kehadiran dalam majlis-majlis adalah wajib dan perlu bersedia
  • Acara rasmi ke luar negara adalah sebanyak 2 kali dalam setahun
  • Setiap aktiviti pelajar@guru pelatih, keutamaan keselamatan menjadi pokok utama
  • Kemaskini weblog jabatan
  • Tuntutan lojing perlu ada alamat
- Jadual waktu semester terkini: Bimbingan kajian perlu dimasukkkan ke dalam jadual
- Perlu gunakan Logo IPGM terkini
- Kurikulum
  • Gunakan format yg baru seperti pro forma, RPH, Rancangan Semester
  • Ikut jam interaksi
  • Siapkan portfolio
  • Kerja kursus mengikut format lama




Teruskan Membaca...

Wednesday, July 6, 2011

SEMINAR MUSIC EDUCATION IN A GLOBAL CONTEXT

Pada 01.07.2011, Pihak Fakulti Muzik Dan Seni Persembahan, UPSI telah mengadakan Talk On Music Education di bangunan E-Learning. Pihak Jabatan Kajian Sosial, IPG KPM telahpun menghantar 2 orang iaitu En. Johan bin Nordin dan En. Amran bin Aris menghadiri seminar tersebut.

Terdapat banyak idea-idea baru yang diketengahkan dalam proses penyediaan pendidikan muzik di peringkat awal kanak-kanak dan juga program pendidikan muzik khas utnuk pelajar-pelajar pendidikan khas. Seminar ini telah dijayakan oleh Dr. Chet-Yeng, Long, Area Chair, Music Department of University of Hawai'i at Manoa.

Terdapat 3 sesi dalam slot dan pembentangan kertas kerja dalam seminar tersebut iaitu :

  • Comparative perspective of music education in the United State and Malaysia and Music Education in a global context
  • Early Childhood Music Education
  • Music and Special Education
Terdapat pelbagai idea dan aktiviti-aktiviti dalam P&P Pendidikan Muzik yang boleh diketengahkan khususnya bagi pelajar-pelajar Pra Sekolah. Bagi pendidik-pendidik muzik, aktiviti-aktiviti ini boleh disesuaikan dengan sosio budaya mengikut acuan negara.


Teruskan Membaca...

Tuesday, May 31, 2011

KURSUS PENATARAN WACANA MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU

Kursus        :     Penataran Wacana Memartabatkan Bahasa Melayu (MBM)
Anjuran       :    Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka.
Kerjasama   :    Unit Latihan dalam Perkhidmatan, IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka.
Tarikh         :    24-26 Mei 2011
Tempat       :    Tropical Inn, Johor Bahru

Kursus ini merupakan usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu dalam mengupas isu-isu semasa, persoalan, cabaran fungsi, dan peranan bahasa Melayu. Bagi pihak Jabatan Kajian Sosial, IPG KPM, kami mengucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi mengundang pensyarah kami turut serta dalam kursus ini.



Banyak manfaat yang boleh didapati melalui kursus ini iaitu dari segi kefahaman dan penggunaan bahasa baku dengan betul. Selain daripada itu, isu-isu Sosioliguistik juga disentuh. Perkara yang menarik dalam kursus ini ialah Sastera dan Didik hibur. Boleh difikirkan, kolaborasi diantara Jabatan Pengajian Melayu dan Jabatan Kajian Sosial mengenai Sastera dan Didik Hibur seperti penyediaan bahan-bahan bantu mengajar seperti lagu kanak-kanak.

Gambar-gambar sekitar kursus




Teruskan Membaca...

Saturday, May 21, 2011

KURSUS SENI DALAM PENDIDIKAN WAJ 3107

Kursus dan Bengkel Seni Dalam Pendidikan (WAJ 3107) telah diadakan pada 19-20/05/2011. Kursus kali ini adalah kolaborasi Jabatan Kajian Sosial dengan Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan. Ianya dihadiri oleh pensyarah-pensyarah di kedua-dua jabatan sebagai pendedahan dan persediaan untuk mengajar subjek ini.
Terimakasih kepada fasilitator kursus iaitu Puan Zaimawati binti Abdul Kadir (Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan), Puan Nurhaslina Nordin (Pendidikan Seni JKS) dan Pn. Catherine Cheah Ming Ming (Pendidikan Muzik JKS).
Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan. Seni Dalam Pendidikan lebih menegaskan kepada aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentu perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman instuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid.

KJ Kajian Sosial:  "Terima kasih dan tahniah kepada penyelaras , AJk, fasilitator, peserta termasuk KJ PK, Pra,PJK dan JKS yang terlibat sama dalam KURSUS SENI DALAM PENDIDIKAN yang berlangsung selama dua hari, Satu kursus yang memberikan impak dan manfaat yang tinggi dan ia dilaksanakan dalam suasana yang menggalakan kejelekitan dan kerjasama antara semua yang terlibat."







Seni Dalam Pendidikan - Pendidikan Jasmani



Seni Dalam Pendidikan - Pendidikan Seni



Seni Dalam Pendidikan - Pendidikan Muzik
Teruskan Membaca...

Monday, January 31, 2011

FALSAFAH, VISI MISI, OBJEKTIF

Falsafah IPG Kampus Perempuan Melayu

IPG Kampus Perempuan Melayu berazam untuk terus berjuang ke arah penghayatan dan pembinaan semangat keintelektualan dan profesionalisme pendidikan perguruan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sesuai dengan ajaran Islam dan kebudayaan Melayu.

Visi IPG Kampus Perempuan Melayu

IPG Kampus Perempuan Melayu sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Guru bagi melahirkan guru yang berbudaya ilmu, reflektif, dan berintegriti.

Misi IPG Kampus Perempuan Melayu

Melaksanakan perkhidmatan pendidikan keguruan yang sistematik sebagai landasan membina keimanan, keilmuan dan kemahiran dalam kalangan pelajar yang mampu bertindak secara berhikmah dalam pelbagai situasi melalui program pemantapan profesionalisme secara bersepadu.

Objektif IPG Kampus Perempuan Melayu

  • Melahirkan guru yang menguasai ilmu dan kemahiran dalam pelbagai disiplin serta mengamalkannya secara reflektif dan saintifik;
  • Membentuk watak guru peteladan dari segi kepimpinan, kecerdasan berfikir, kemantapan rohani, kestabilan emosi, ketangkasan jasmani, penampilan diri dan berkemahiran interpersonal selaras dengan etika dan nilai keguruan;
  • Memupuk kebolehan menganalisis situasi dalam menyelesaikan masalah secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan yang tepat;
  • Mewujudkan iklim organisasi yang kondusif bagi menyuburkan budaya ilmu dan amalan pembelajaran sepanjang hayat untuk meningkatkan profesionalisme keguruan dan budaya kerja;
  • Meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi menerusi pembudayaan kerja berpasukan secara cekap, jelekit dan beriltizam dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan;
  • Mewujudkan rangkaian kerjasama antara IPG Kampus Perempuan Melayu dengan institusi pendidikan, masyarakat, dan agensi-agensi lain untuk menjana perkongsian ilmu dan kemahiran dalam menangani isu pendidikan semasa; dan
  • Menjadikan IPG Kampus Perempuan Melayu pusat pendidikan guru yang unggul menerusi pelbagai kursus dan perkhidmatan konsultasi dalam perkembangan profesionalisme keguruan.
Teruskan Membaca...

CARTA ORGANISASI

Klik ikon untuk paparan Full Screen

carta organisasi -
Teruskan Membaca...

PENGENALAN JABATAN KAJIAN SOSIAL. IPG KPM

DUMMI
Teruskan Membaca...

PESANAN ANDA

Hubungi Kami

Nama *
Email *
Perkara *
Mesej *
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[Refresh Image] [What's This?]
 

.Penafian:-Pihak pentadbiran Webmaster tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman sesawang ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun laman ataupun syarikat yang dipautkan ataupun disyorkan oleh sistem ini. Laman ini dibangun dan diselenggara oleh Jabatan Kajian Sosial, IPG KPM Melaka. Hakcipta © 2011 KS IPGKPM